Wednesday, 29 April 2015
BILIK SEJAHTERA SHAHBANDARAYA
Bilik Sejahtera dihias dengan ceria untuk kegunaan pelajar. |
Di dalam Bilik Sejahtera,pintu-pintu tandas turut dihias indah. |
Papan tanda dipasang untuk informasi pelajar. |
Merah Delima Si Biji Saga Di Bawa Belayar Ke Indragiri Kebersihan Diri Amalan Mulia Akhlak Nan Indah Cerminan Diri |
Bilik Sejahtera dijaga untuk mengekalkan kebersihan dan keceriaan |
KELAS KONDUSIF SHAHBANDARAYA
Antara kelas-kelas kondusif yang memenangi Pertandingan Kelas Kondusif Mingguan. |
JOHAN KESELURUHAN ANUGERAH KECEMERLANGAN HAL EHWAL MURID DAN KOKURIKULUM DAERAH KLANG 2014
Kafe Shahbandaraya
SIJIL MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN HAL EHWAL MURID DAN KOKURIKULUM 2014
Program 3K ( Keselamatan , Kesihatan , Keceriaan )
Program 3K dimulakan pada tahun 1991, bertujuan memastikan semula sekolah mempunyai sistem yang mantap bagi menangani sebarang isi berkaitan dengan keselamatan, kesihatan serta keceriaan sekolah. Selepas 13 tahun perlaksanaannya, mulai tahun 2004, program ini tampil dengan konsep baru yang menggabungkan tiga program berasingan menjadi satu program sahaja yang dikenali sebagai Insiatif Meningkatkan Keselamatan, Kesihatan dan Kecerian Sekolah atau Insiatif 3K meliputi Program Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program Keceriaan dan Keindahan Sekolah. Penyusunan semula program 3K dilakukan untuk mengelakkan pertindihan objektif bagi dua program yang dilaksanakan sebelumnya iaitu Program 3K dan Program Peningkatan Keselamatan Sekolah. Pada tahun itu didapati sebanyak 90 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menyertainya berbanding 30 sekolah pada tahun sebelumnya.
Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K) member peluang kepada mana-mana sekolah yang terpilih merasai hakikat bahawa keceriaan itu sememangnya ada dalam pendidikan. Tanpa mengira dalaman mahu pun luaran, program 3K dilihat mampu menyerlahkan keceriaan sesebuah sekolah yang menyertainya menerusi penekanan kepada meningkatkan tiga aspek utama program tersebut. Sesebuah sekolah yang ‘ceria’ dari pelbagai segi bukan sahaja sedap di pandang mata atau dibanggakan oleh warga masyarakat sekitarnya, malah yang lebih penting ia juga mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik.
Program 3K yang dilaksanakan di sekolah bukan sahaja telah berjaya menambahkan keindahan dan keceriaan sekolahnya, malah turut merapatkan hubungan sesama pihak sekolah dan juga dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat setempat. Program inisiatif 3K ini diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pendahuluan
SMK Shahbandaraya merupakan sekolah menegah kebangsaan harian yang terletak di Jalan Raja Nong, Off Jalan Kota Raja. Klang, Selangor. Sebelum ini, ia menggunakan nama SMK Kampog Jawa 2 sebelum nama nya ditukar pada 17 Januari 2005 kepada SMK Shahbandaraya.
SMK Shahbandaraya, yang terletak disebuah kawasan seluas lima hektar ini, merupakan sebuah sekolah campuran lelaki dan perempuan, yang menempatkan pelajar dari tingkatan satu hingga ke tingkatan enam.
Pada tahuni 2005. sekolah ini telah terpilih untuk menjadi salah sebuah sekolah yang menempatkan pelajar-pelajar bagi “Program Kelas Rancangan Khas (KRK)” dimana ia merupakan satu program penempatan berkelompok bagi pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang UPSR tetapi tidak mendapat tempat ke sekolah-sekolah berasrama penuh. Kemasukan pelajar ke sekolah ini adalah tertakluk di bawah kawalan Pejabat Pendidikan Daerah Klang.
Sekolah ini memulakan sesi persekolahan pertamanya, pada 5 Januari 2004 dengan menempatkan seramai 158 pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat manakala bilangan guru pula adalah seramai 18 orang dengan bantuan staf sokongan seramai 6 orang. Dan bilangan itu terus bertambah sejajar dengan pertambahan kelas-kelas yang baru dibuka.
SMK Shahbandaraya, dilengkapi dengan 36 buah bilik darjah, 6 buah bilik Makmal Sains. 2 buah bilik Makmal Komputer, Pusat Sumber, Surau, Kantin, Makmal Bahasa, Bengkel Kemahiran Hidup, Bengkel Kejuruteraan dan segala kelengkapan asas yang boleh menampung pelajar seramai 1300 0rang bagi satu-satu sesi persekolahan.
Lagu Sekolah
Kami bertekad cita yang satu,
Cemerlang menepati wawasan,
Hidup berakhlak hidup beramal,
Berilmu dan harmoni.
Luas lautan rempuh gelora,
Genggam ilmu di dada,
Ilmu menjana kemajuan,
Bermula disini.
Maju Sekolah ku terus maju,
Cemerlang menepati wawasan,
Berinovasi berprogresif,
Celik teknologi.
Cemerlang menepati wawasan,
Hidup berakhlak hidup beramal,
Berilmu dan harmoni.
Luas lautan rempuh gelora,
Genggam ilmu di dada,
Ilmu menjana kemajuan,
Bermula disini.
Maju Sekolah ku terus maju,
Cemerlang menepati wawasan,
Berinovasi berprogresif,
Celik teknologi.
Lagu & Lirik : Mohd Rodzy b. Abdul Rahman
Sunday, 26 April 2015
BILIK LAVENDAR
Selamat Datang Ke Bilik Lavendar Atau Bilik Kesihatan
SMK SHAHBANDARAYA
Kaunter Pendaftaran Bilik Lavendar Yang Ceria |
Bilik Rawatan Yang Disediakan Bagi Pelajar Menjalani
Rawatan Dengan Selesa
Sudut Informasi Yang Terdapat Di Bilik Kesihatan Menambahkan
Pengetahuan Para Pelajar
Carta Alir Yang Mengandungi Maklumat Mengenai Denggi
Juga Terdapat Di Bilik Lavendar
Pelbagai jenis bahan bacaan disediakan untuk kegunaan pelajar
Friday, 24 April 2015
BILIK B.O.S.S
Bilik ini Menempatkan Buku Teks Semua Tingkatan. |
Pondok SPBT yang selesa Dibina Berhampiran surau Smk Shahbandaraya untuk kegunaan pelajar bagi mengulangkaji pelajaran atau belajar secara berkumpulan. |
Pelbagai Buku Teks Disusun Dengan Teratur Mengikut Tingkatan Bagi Kelancaran Proses Peminjaman Dan Pemulangan Buku Teks Oleh Pelajar. |
BILIK DISIPLIN
Bilik Disiplin SMK SHAHBANDARAYA
Terdapat Kemudahan Teknologi Yang MemudahkanGuiru Disiplin Membuat Pelbagai Urusan.
Papan Kenyataan Dipenuhi Pelbagai Maklumat
Dan info Terkini Yang amat Berguna.
Subscribe to:
Posts (Atom)